apa perlu buat, jika kereta dilanggar dari belakang?
Kita biasa akan gabra tahap gaban bila kereta kita dilanggar dari belakang. Apatah lagi, pemandu berkhemah macam akak ni. Tapi, malang tak berbau....
Jika kereta kita dilanggar dari belakang dan kita;
Jika kereta kita dilanggar dari belakang dan kita;
- ada lesen
- ada roadtax
- ada insurans (nama kita ada dlm insurans, polisi ada)
Anda selamat!!!! Anda dipihak yang betul.
Apa yang boleh kita buat....runding.Tapi, biasa rundingan akan sampai pihak buntu. Org yang melanggar biasa tak nak bayar...@ nak bayar separuh @ janji nak bayar (tapi, lepas tu call dah x angkat2). Jangan sedih2 dik non....pastikan gambar kereta yang langgar kita tu...ada.no plat yang paling penting. kalu orang yang langgar kita tu...pi balai...konfem dalam tangan, dia kena denda RM300.
kalu rundingan buntu...senyum dan inform dia..."saya nak pi balai, report!" Jangan takut dik non...report free. Kena bayar pun, laporan report aje. Tu pun, selepas 14 hari bekerja baru dapat.
Dalam masa menunggu keputusan kes, Kalu kita takde kereta lain, memang patah kaki. Tapi, kalu kita baiki dulu...xleh claim/susah nk dpt refund.
Lps 14 hari bekerja, pergi balai untuk ambil keputusan kes.Pastikan kita tak bersalah...baru boleh untuk langkah seterusnya.langkah seterusnya....
- Semak dengan insurans, mana bengkel panel kita.
- Bawa ic, lesen, keputusan kes dan polisi insurans ke bengkel.
- Inform untuk kita claim pada yang langgar kita...(bengkel biasa tahu)
- Simpan copy laporan kes, untuk pastikan ncb xnaik.Kalu naik, kita boleh kepilkan laporan kes kepada insurans. Biasa insurans tahu...dan boleh diuruskan.
- Kerata siap dibaiki.
Hidup ni, jangan disusah2kan....jgn dirumit2 kan....
Cuma, kalu yang bawa kereta tu...bukan yang ada nama dalam polisi...maaf, akak xdapat nak bagi pendapat.
Sharing is caring!
Comments
Post a Comment